Sunday, 29 September 2013

Apa Itu Kraftangan!

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.

Contoh kraftangan Kecil

Terdapat pelbagai jenis kraftangan kecil yang berada di Malaysia, antaranya ialah :

BAKUL HAMPER

KOD H1
Warna hitam / warna asli rotan
Tambah hiasan rama2
Saiz 5 x 5 x 2 inci
Tinggi Tangkai : 6 inci


KOD H2
Warna asli rotan
Saiz 5.5 x 5.5 x 2.5 inci
Tinggi Tangkai 6 inci


KOD: H3
Warna pink / asli rotan
Tambah hiasan rama2
Saiz : 5 x 5 x 2 inci
Tinggi Tangkai : 6 inci




KOD: H4
Warna Hitam / asli rotan
Tambah hiasan rama2
Saiz: 5 x 5 x 2 inci
Tinggi Tangkai: 6 inci



Rekaan Bakul Hamper mengandungi pelbagai saiz dan warna....bakul hamper dari kecil hingga ke bersaiz besar boleh menempatkan aneka barangan...bakul hamper di ummiecraft ini menggunakan rotan dalam proses anyaman....dengan harga yang berpatutan dan mengikut budget anda kami akan mengadunkan bakul hamper melalui citarasa dan kehendak anda...

Monday, 23 September 2013

Kraftangan daripada Barang Terpakai


Sebelum anda buang sesuatu barang...cuba anda fikirkan apa yang boleh anda buat untuk guna atau ubah barang tersebut menjadi sesuatu yang menarik sama ada menjadi barang kegunaan lain mahupun sebagai barang perhiasan. Tidak ada idea? Itulah yang biasanya yang menjadi kekangan...maklumlah anda bukannya insan seni atau kreatif dalam bidang ini... 

Berikut ada beberapa idea yang mungkin anda boleh cuba...  

  

Pinggan kertas atau polisterin...selalunya selepas sesuatu majlis pasti ada yang tidak habis di pakai. Jangan buang pula...Anda jadikan ia hiasan dinding. Lihat...mudah saja caranya, menarik pula hasilnya... 
Anak-anak anda pasti sukakannya...

kreativiti kitar semula 

kreativiti kitar semula 

Botol-botol plastik yang pelbagai bentuk dijadikan lampu. Gunakan pula mentol yang pelbagai warna...Wah! hasilnya sesuai untuk lampu parti atau pentas yang cukup unik dan menarik...pasti tetamu anda tertawan!

kreativiti kitar semula 

Kulit oren selalunya anda kupas dan buang... Jangan! Ianya boleh di jadikan bunga hiasan yang sungguh cantik...malah baunya juga menarik.

kreativiti kitar semula 

Mentol lampu yang tidak boleh di gunakan sangat merbahaya jika di buang. Apa kata anda gunakan ia untuk dijadikan barang hiasan yang comel ini... tetapi pastikan ianya di letakkan di tempat yang selamat.
kreativiti kitar semula 

Satu lagi kegunaan botol air terbuang yang hasilnya sungguh menawan. Hasil dari Kreativiti yang menghasilkan lampu gantung yang nampak unik dan elegan hanya dari barang terbuang. 
kreativiti kitar semula

Anda sudah jemu dengan balutan hadiah yang biasa... Anda boleh cuba cara di atas. Gunakan sahaja kertas terbuang atau terpakai kerana dari hasil kreativiti menarik ini...orang tidak akan lihat lagi kepada material pembungkus tersebut...Semua orang akan berkata, "Wow! cantiiik dan kreatifnya..."

kreativiti kitar semula 

Lihat betapa cantiknya hiasan yang terhasil..hanya dari pembuka tutup tin. Dengan menggabungkan hiasan tersebut, anda boleh jadikan pelbagai benda lain pula...

kreativiti kitar semula 

Anda mahukan sesuatu hasil seni yang menarik dan unik...tidak perlu berbelanja besar. Gunakan sahaja bahan terbuang dan buat seperti di atas... Anda ajarkan kepada anak anda, pasti dia akan suka...dan beritahu juga dia mengenai perlunya kitar semula. Suruh dia bawa kesekolah dan pasti kawan-kawannya akan minat dan inginkan benda yang sama maka... tersebarlah ilmu mengenai kitar semula...

Lihat...anda telah berjaya membuat dan mengajar sesuatu yang sungguh bermanfaat dan telah pun menyebarkannya. Mudah bukan....marilah bersama-sama kita kitar semula kerana anda tidak akan rugi malah memberi keuntungan pula... Bersama kita menjaga alam sekitar untuk masa depan kita dan generasi akan datang.

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif ataupun juallah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara... 

JENIS-JENIS KRAFTANGAN DI MALAYSIA


Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir dan kraftangan. Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam semula jadi. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu dan di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. Bagi masyarakat India pula, satu hasil seni yang paling unik adalah seni menghasillkan ‘kolam’. Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali. Di Sabah dan Sarawak, hasil ukiran daripada tanah liat adalah paling popular. Ukiran berbentuk bunga atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan.

Hasil seni kraftangan masyarakat Malaysia perlu dikekalkan kerana keunikannya. Antara hasil kraftangan tersebut termasuklah tenunananyamanbarangan seramik dan lukisan batik. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang dan daun nipah. Antara hasil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji dan sebagainya. Barang-barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga atau tempayan.
HASIL KRAFTANGAN TRADISIONAL MALAYSIA YANG BERASASKAN PERKARA-PERKARA YANG BERIKUT :
1.Tekstil dan Tenunan
  • Songket
  • Batik
  • Pua

songket

batik

pua
2. Tumbuh-tumbuhan
  • Anyaman tikar
  • Bakul sia
  • Bakul rotan

anyaman tikar

bakul sia

bakul rotan
3.Tanah dan Batu
  • Labu sayung
  • Pasu Sarawak
  • Periuk tanah

labu sayong

pau sarawak
 4. Logam
  • Barangan tembaga/dulang/tepak sirih
  • Keris
  • Cucuk sanggul

tepak sireh

keris

cucuk sanggul


SENI KRAFTANGAN AKHBAR LAMA

Menganyam Tapak & Dinding Kraf


 
Sila rujuk Rajah 1 & 2 di atas. Jumlah tiang tapak adalah 11 (bilangan mesti ganjil + 1 tiang anyaman)

 

Langkah #1:
Angkat sedikit tiang 1 dengan tangan kiri kemudian patahkan straw ke kiri (lawan jam) rapat ke pusat anyaman & berada di atas tiang 2. Teruskan anyaman dengan mematahkan straw anyaman ke kiri dan  berada di bawah tiang 3. Teruskan anyaman berselang seli (atas & bawah) sehingga straw anyaman kembali ke kedudukan tiang satu (sekarang straw anyaman berada di atas tiang 1). Maka lengkaplah satu putaran anyaman. - (Foto #1, #2 & #3)

Langkah #2:
Pastikan straw anyaman sentiasa disambung apabila panjangnya tinggal 1/4. Teruskan anyaman dan hasilkan 4 lingkaran sebelum kesemua tiang di patahkan ke atas untuk proses menganyam dinding kraf. -(Foto #4)

 

Langkah #3:
Apabila lengkap 4 lingkaran anyaman tapak dan straw anyaman kembali ke kedudukan tiang 1(sebaiknya tanda dengan titik atau pangkah warna merah), sambil menganyam, patahkan tiang-tiang kraf ke atas. Pastikan sentiasa laraskan tiang-tiang lurus ke atas sewaktu menganyam. -(Foto #6 & #7)

 

Langkah #4:
Terpulang kepada keselesaan anda, samada menganyam dinding kraf dari luar dinding  atau dari tengah seperti foto-foto di atas. Teruskan anyaman dinding sehingga 10 atau 12 lingkaran. -(Foto # 9 & #10)

 

Langkah #5:
Setelah lengkap, sapu gam kertas di hujung straw anyaman dan lekatkan ke dinding kraf (selitkan) di sebelah dalam.   -(Foto #11 & #12)

Langkah #6:
Biarkan 3 tiang & 3 tiang bertentangan. Tiang-tiang selebihnya dipatahkan ke bawah. (Foto #13)
Gunting tiang-tiang yang dipatahkan di pangkalnya (jangan sampai terkena dinding kraf). (Foto #14 & #15)
Seterusnya adalah proses untuk membuat tangkai bakul. Mulakan dengan 3 tiang pertama kemudiannya 3 tiang yang bertentangan. Silangkan tiang kiri & kanan dan tiang tengah di atas silangan tersebut. Buat simpulan 'tochang' sehingga ke hujung. Lakukan perkara yang sama untuk 3 tiang yang bertentangan. -(Foto #16)

Langkah #7:
Seterusnya temukan & selisikan sedikit (pintal) kedua-dua simpulan tochang tadi sama tengah dan balutkan sedikit dengan cebisan kertas kecil yang disapu gam (boleh juga gunakan 'masking tape'). -(Foto #17)

Akhir sekali ambil cebisan kertas yang dipotong (1 cm), sapukan gam dihujungnya dan balukan di bahagian tengah tangkai bakul (sama tengah kiri & kanan & bukan kesemua tangkai) untuk membuat kemasan terakhir. Pastikan pangkal tiang-tiang yang telah dipotong di sapu gam kertas.  -(Foto #18)


Proses membuat bakul mini selesai.    -(Foto # 19) 

Proses terakhir adalah mewarna kraf:
Bahan pewarna yang paling baik digunakan adalah 'PU Timber Seal' yang boleh dibeli di kedai-kedai 'hardware'. Ianya adalah sejenis varnis yang telah siap dicampur warna (pigmented) dengan pelbagai jenis warna yang digunakan untuk perabut kayu (Warna kuning, perang gelap & cerah, maroon, hijau dan lain-lainnya). Anda boleh minta katelog dari pekedai 'hardware' untuk melihat kod & warna pilihan. Pilihan kod warna yang biasa saya gunakan adalah102(Mahogany - perang), 107(Redwood - perang gelap) dan jenamanya adalah COLORLAND (buatan Malaysia yang setanding kualitinya dengan jenama impot & lebih murah)

Pek pewarna tersebut adalah dalam bentuk 1.5 liter (+/-RM15) , 1 liter(+/-RM23) & 5 liter(+/-RM90)

PROSES MEWARNA

  1. Buka pek 'PU Timber Seal' & tuangkan sebahagian yang ingin digunakan ke dalam bekas bertutup.
  2. Campurkan sedikit petrol/minyak tanah/tiner untuk mencairkan pewarna (tidak terlalu cair) & kacau rata.
  3. Gunakan berus Cina saiz besar untuk mewarna kraf dan sapukan rata & celahan anyaman. (untuk mengelak tangan terkena varnis, sebaiknya anda pakai sarung tangan getah. Jika bahagian anggota terkena varnis, hilangkannya dengan membasahkan sedikit kain buruk dengan petrol/tiner dan gosok pada anggota yang terkena varnis tadi).
  4. Setelah selesai mewarna, jemurkan kraf di tengah panas terik selama 1 jam atau lebih.
  5. Setelah kering, buat sapuan varnis terakhir dan jemurkannya selama 1 jam atau lebih. Hasilnya, kraf yang berkilau dan keras seperti anyaman kraf rotan atau buluh.
  6. Tuangkan sedikit petrol/minyak tanah/tiner dalam bekas bertutup lain untuk merendam berus, tutup bekas dan simpan ditempat selamat & jauh dari capaian kanak-kanak. Bahan-bahan tersebut adalah mudah terbakar, maka jauhkannya dari punca api. (PERHATIAN, PETROL & TINER BOLEH MENYALA HANYA DENGAN PERCIKAN BUNGA API ATAU BARA PUNTUNG ROKOK).

Sunday, 22 September 2013

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

PENGENALAN

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

5. BATIK
6. TEKAT
7. UKIRAN
 
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.








ALAT DOMESTIK


PENGENALAN

  • Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian.
DEFINISI ALAT DOMESTIK
  • Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian.

CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK
  • Batu giling
  • Batu kisar
  • Tudung saji
  • Tudung rotan
  • Tudung saji mengkuang
  • Kukuran duduk dan kukuran silang
  • Dulang paha tembaga air mawar
  • Cerek tembaga

CONTOH-CONTOH GAMBAR BARANGAN DOMESTIK


TUDUNG SAJI

BATU PENGISAR

KUKUR DUDUK

KUKUR BERSILANG

LESUNG BATU

CEREK TEMBAGA

Sejarah Kraftangan

Semenanjung Malaysia terletak di hujung Benua Asia dengan tanah yang menganjur mensusuri Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kedudukan geografi ini menjadikan Malaysia salah satu laluan perdagangan utama dunia. Menyusuri galur warisan kraftangan Malaysia faktor geografi ini berperanan membentuk keperibadian hasil ketukangan kraftangan negara. Pedagang-pedagang dari India, Asia Barat dan China membawa hasil dagangan bersama budaya yang kini mewarnai rupa bentuk kraf tanah air.
Abad ke 19 pelbagai seni kraf berkembang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Tukang-tukang kraf ketika itu bernaung di bawah pengaruh istana dan pembesar-pembesar negeri, menjadikan seni kraf tempatan tidak berkembang dan digunakan sebagai kegunaan istana semata-mata.
Tahun 1930 sekumpulan pegawai awam Melayu dan Inggeris telah menubuhkan Persatuan Kesenian dan Pertukangan Melayu Kelantan. Buat pertama kalinya hasil kraf negara dipasarkan di bandar-bandar dan Singapura. Inilah detik perkembangan seni kraf tempatan.


Pameran tahunan yang dikelolakan oleh Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaya (MAHA) memberi ruang pasaran kepada produk kraf. Program MAHA berkonsepkan astaka ini telah mengenengahkan demonstrasi kraf sebagai aktiviti utama. Negeri-negeri mula mengambil langkah memajukan seni kraf dengan bermulanya Negeri Kedah menubuhkan sekolah pertukangan untuk melatih penuntut dalam bidang kraf emas, perak, mengecap batik, tembikar dan tenunan. Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah memulakan sekolah tenunan pada tahun 1935 dan 1959 sekolah tenun ditukar kepada Sekolah Latihan Gadis-Gadis.
Penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA) memberi nafas baru kepada perusahaan kraftangan dengan menyalurkan bantuan kepada pengusaha-pengusaha luar bandar dalam bentuk kewangan, latihan kemahiran, bahan mentah dan saluran pasaran. Pada tahun 1966 Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi meneruskan peranan RIDA dan di bawah MARA Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan diwujudkan pada 1 Januari 1967. Selain saluran bantuan pusat ini berperanan membuat penyelidikan teknik, rekabentuk dan rekacorak
Tahun-tahun 70an industri plastik mula mewarnai pasaran dunia dan titik inilah bermulanya kesedaran dan penghargaan terhadap seni ketukangan tanah air. Maka tercetuslah semangat baru yang optimis terhadap karya-karya seni dimensi baru. Era baru perkembangan seni kraf ini menimbulkan semangat keusahawanan dan pada masa itulah tertubuhnya Lembaga Kraftangan Malaysia pada 14 Mei 1973.
Dalam usaha untuk terus meningkatkan industri kraf tempatan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau Kraftangan Malaysia telah ditubuhnya pada 1 Oktober 1979 di bawah akta 222. Kini Kraftangan Malaysia telah mencapai usia 30 tahun.