Menganyam Tapak & Dinding Kraf
Sila rujuk Rajah 1 & 2 di atas. Jumlah tiang tapak adalah 11 (bilangan mesti ganjil + 1 tiang anyaman)
Langkah #1:
Angkat sedikit tiang 1 dengan tangan kiri kemudian patahkan straw ke kiri (lawan jam) rapat ke pusat anyaman & berada di atas tiang 2. Teruskan anyaman dengan mematahkan straw anyaman ke kiri dan berada di bawah tiang 3. Teruskan anyaman berselang seli (atas & bawah) sehingga straw anyaman kembali ke kedudukan tiang satu (sekarang straw anyaman berada di atas tiang 1). Maka lengkaplah satu putaran anyaman. - (Foto #1, #2 & #3)
Langkah #2:
Pastikan straw anyaman sentiasa disambung apabila panjangnya tinggal 1/4. Teruskan anyaman dan hasilkan 4 lingkaran sebelum kesemua tiang di patahkan ke atas untuk proses menganyam dinding kraf. -(Foto #4)
Langkah #3:
Apabila lengkap 4 lingkaran anyaman tapak dan straw anyaman kembali ke kedudukan tiang 1(sebaiknya tanda dengan titik atau pangkah warna merah), sambil menganyam, patahkan tiang-tiang kraf ke atas. Pastikan sentiasa laraskan tiang-tiang lurus ke atas sewaktu menganyam. -(Foto #6 & #7)
Langkah #4:
Terpulang kepada keselesaan anda, samada menganyam dinding kraf dari luar dinding atau dari tengah seperti foto-foto di atas. Teruskan anyaman dinding sehingga 10 atau 12 lingkaran. -(Foto # 9 & #10)
Langkah #5:
Setelah lengkap, sapu gam kertas di hujung straw anyaman dan lekatkan ke dinding kraf (selitkan) di sebelah dalam. -(Foto #11 & #12)
Langkah #6:
Biarkan 3 tiang & 3 tiang bertentangan. Tiang-tiang selebihnya dipatahkan ke bawah. (Foto #13)
Gunting tiang-tiang yang dipatahkan di pangkalnya (jangan sampai terkena dinding kraf). (Foto #14 & #15)
Seterusnya adalah proses untuk membuat tangkai bakul. Mulakan dengan 3 tiang pertama kemudiannya 3 tiang yang bertentangan. Silangkan tiang kiri & kanan dan tiang tengah di atas silangan tersebut. Buat simpulan 'tochang' sehingga ke hujung. Lakukan perkara yang sama untuk 3 tiang yang bertentangan. -(Foto #16)
Langkah #7:
Seterusnya temukan & selisikan sedikit (pintal) kedua-dua simpulan tochang tadi sama tengah dan balutkan sedikit dengan cebisan kertas kecil yang disapu gam (boleh juga gunakan 'masking tape'). -(Foto #17)
Akhir sekali ambil cebisan kertas yang dipotong (1 cm), sapukan gam dihujungnya dan balukan di bahagian tengah tangkai bakul (sama tengah kiri & kanan & bukan kesemua tangkai) untuk membuat kemasan terakhir. Pastikan pangkal tiang-tiang yang telah dipotong di sapu gam kertas. -(Foto #18)
Proses membuat bakul mini selesai. -(Foto # 19)
Proses terakhir adalah mewarna kraf:
Bahan pewarna yang paling baik digunakan adalah 'PU Timber Seal' yang boleh dibeli di kedai-kedai 'hardware'. Ianya adalah sejenis varnis yang telah siap dicampur warna (pigmented) dengan pelbagai jenis warna yang digunakan untuk perabut kayu (Warna kuning, perang gelap & cerah, maroon, hijau dan lain-lainnya). Anda boleh minta katelog dari pekedai 'hardware' untuk melihat kod & warna pilihan. Pilihan kod warna yang biasa saya gunakan adalah102(Mahogany - perang), 107(Redwood - perang gelap) dan jenamanya adalah COLORLAND (buatan Malaysia yang setanding kualitinya dengan jenama impot & lebih murah)
Pek pewarna tersebut adalah dalam bentuk 1.5 liter (+/-RM15) , 1 liter(+/-RM23) & 5 liter(+/-RM90)
PROSES MEWARNA
- Buka pek 'PU Timber Seal' & tuangkan sebahagian yang ingin digunakan ke dalam bekas bertutup.
- Campurkan sedikit petrol/minyak tanah/tiner untuk mencairkan pewarna (tidak terlalu cair) & kacau rata.
- Gunakan berus Cina saiz besar untuk mewarna kraf dan sapukan rata & celahan anyaman. (untuk mengelak tangan terkena varnis, sebaiknya anda pakai sarung tangan getah. Jika bahagian anggota terkena varnis, hilangkannya dengan membasahkan sedikit kain buruk dengan petrol/tiner dan gosok pada anggota yang terkena varnis tadi).
- Setelah selesai mewarna, jemurkan kraf di tengah panas terik selama 1 jam atau lebih.
- Setelah kering, buat sapuan varnis terakhir dan jemurkannya selama 1 jam atau lebih. Hasilnya, kraf yang berkilau dan keras seperti anyaman kraf rotan atau buluh.
- Tuangkan sedikit petrol/minyak tanah/tiner dalam bekas bertutup lain untuk merendam berus, tutup bekas dan simpan ditempat selamat & jauh dari capaian kanak-kanak. Bahan-bahan tersebut adalah mudah terbakar, maka jauhkannya dari punca api. (PERHATIAN, PETROL & TINER BOLEH MENYALA HANYA DENGAN PERCIKAN BUNGA API ATAU BARA PUNTUNG ROKOK).
No comments:
Post a Comment